Monday 17 August 2015

RAWATAN DAN INTERVENSI KEPADA PENGAMBILAN DADAH


PENGENALAN
Rawatan dan pemulihan penagih dadah adalah merupakan aktiviti utama syarikat.  Ini seiring dengan saranan kerajaan agar lebih banyak usaha dijalankan oleh pihak swasta bagi membantu memulihkan masalah penagihan najis dadah ini.  Kadar kejayaan kami juga cukup tinggi iaitu lebih dari 80% pelatih kami dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa walaupun diberi rawatan yang cukup singkat. 
Hari ini pelbagai ubat-ubatan telah ditemui untuk menghilangan rasa gian atau ketagihan terhadap dadah.  Malah ada pihak yang mencanangkan bahawa mereka boleh memulihkan penagih dalam masa 24 jam.  Masalah penagih sebenarnya lebih daripada sekadar gian.  Ramai yang tidak lagi gian tetapi tetap menagih semula.  Mereka sebenarnya memerlukan rawatan yang merangkumi aspek mental, ruhani dan jasmani. Disinilah kepakaran kami sangat-sangat diperlukan.   Malah hasil yang telah kami perolehi juga amat menakjubkan dan boleh dibanggakan.


KONSEP PEMULIHAN
Di MAP Training kami memulihkan penagih dadah menggunakan pendekatan yang menggabungkan perubatan tradisional, perawatan Islam dan psikologi moden.  Kalau diperhatikan setiap penagih dadah menghadapi tiga masalah utama iaitu
  • Sakit jasmani seperti gian, urat saraf yang rosak, perjalanan darah yang tidak lancar.
  • Sakit ruhani kurangnya kesedaran agama atau iman.  Malah tidak mustahil ramai diantara penagih yang telah bertahun-tahun tidak solat dan berpuasa.
  • Masalah minda atau ingatan terhadap dadah yang sukar dikikis.
Ketiga-tiga aspek ini perlu dirawat sekiranya penagih mahu benar-benar dipulihkan.  Kegagalan memulihkan salah satu dari aspek inilah penyebab utama kenapa begitu ramai penagih yang menagih semula walau pun bertahun-tahun duduk di pusat rawatan lain.  Malah kajian di pusat serenti sendiri membuktikan lebih daripada 70% penagih yang keluar dari serenti kembali menagih semula.


Rawatan Jasmani  : 
Untuk menghilangkan rasa gian dan ketagihan pelatih akan diberi minum campuran herba tradisional yang dirumus khas untuk membuang keracunan dadah.  Pelatih seterusnya dimandikan dan diberikan urutan badan.  Urutan badan perlu untuk membetulkan semula urat saraf, melancarkan perjalanan darah, membuang angin-angin dalam badan dan menguatkan kembali otot-otot badan.

Setiap pelatih akan diberikan urutan badan
bagi membetulkan kembali urat saraf,
melancarkan perjalanan darah dan
pernafasan mereka.
Rawatan Rohani  :
  Pelatih perlu diajar kembali tentang hakikat hidup sebagai seorang Islam dan tujuan dijadikan khalifah di bumi Allah ini.  Pelatih terlebih dahulu perlu disyahadahkan kembali sebab sepanjang tempoh penagihan entah berapa puluh kali syadatain mereka batal, sama ada secara sedar atau tidak.  Disamping itu pelatih juga diberikan zikir-zikir khusus untuk menguatkan hati dan mentauhidkan Allah s.w.t dengan sungguh-sungguh.





Rawatan Minda  :
 Salah satu perkara yang paling sukar dirawat ialah perasaan rindu dan ingatan yang begitu mencengkam terhadap dadah.  Tetapi Alhamdulillah dengan pendekatan PELAZIMAN MINDA kami mampu untuk membaikpulih ingatan penagih agar sebarang ingatan tidak lagi menjadi penyebab untuk mereka kembali menagih.  Kaedah ini telah terbukti berkesan dan ratusan penagih telah berjaya dipulihkan.

KESAN DAN AKIBAT PENGAMBILAN



Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
  •  akibat keatas penagih
  •  akibat keatas keluarga penagi
  •  akibat keatas masyarakat dan
  •  akibat keatas negara

AKIBAT KEATAS PENAGIH

Akibat keatas penagih ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul dengan kumpulan penagih-penagih dadah dan penjenayah .Dia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus , lemah ,malas dan kelihatan khayal, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.




AKIBAT KEATAS KELUARGA PENAGIH

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dalam kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.Oleh itu,maruah keluarga akan tercemar dan mengakibatkan sesebuah keluarga dipandang hina oleh masyarakat sekeliling.





AKIBAT KEATAS MASYARAKAT

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan pengambilan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dalam pengambilan dadah.Perkara seperti ini boleh mengakibatkan perpecahan kaum dan masalah perkauman.


AKIBAT KEATAS NEGARA

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos dan bebanan yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
  • Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
  • Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
  • Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
  • Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa . 

























Sunday 16 August 2015

MAKLUMAT JENIS DADAH-OPIAT DAN SINTETIK

 PENGENALAN 

DADAH OPIAT ADALAH CAMPURAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BIJI POPI  . OPIAT JUGA DIKENALI SEBAGAI NARKOTIK .  
DALAM PERUBATAN , BAHAN INI DIGUNAKAN UNTUK MENIDURKAN ATAU MELEGAKAN KESAKITAN , TETAPI , IANYA JUGA MEMPUNYAI POTENSI YANG TINGGI UNTUK MENYEBABKAN KETAGIHAN . BIJI POPI  YANG BERASAL DARIPADA SEJENIS TUMBUHAN YANG DIBERI NAMA SAINTIFIKNYA " PAPAVER SOMNIFORM "
ATAU BIASANYA DISEBUT POKOK POPPY
SEBENARNYA , OPIUM BERASAL DARIPADA GETAH PUTIH YANG KELUAR DARI KELOPAK MENTAH  BUNGA TANAMAN INI . TANAMAN INI TUMBUH SUBUR DI SEKITAR AMERIKA UTARA , EROPAH DAN ASIA .

BUNGA TANAMAN PAPAVER SOMNIFORM

BAHAN BAKU NARKOTIKA YANG DIPEROLEH DARIPADA 
BUAH CANDU (PAPAVER SOMNIFORM L. @ P.PAEONIFLORUM)
YANG BELUM MATANG






JENIS JENIS DADAH OPIAT



DADAH JENIS OPIAT DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA CANDU,MORFIN,HEROIN,
KODEIN DAN OPIAT SINTETIK

Image result for opiat
JENIS JENIS BAGI DADAH POPIAT

1. CANDU

SEJENIS NARKITIK YANG BERFUNGSI MENEKAN DAN MEMPERLAHANKAN AKTIVITI SISTEM  SARAF TUNJANG . CANDU INI DIHASILKAN DARIPADA GETAH BUAH POPI YANG BERWARNA PUTIH YANG BERTUKAR MENJADI WARNA COKLAT KEHITAMAN
MEMPUNYAI BAU YANG KUAT , ANJAL (ELASTIK)  APABILA MASIH SEGAR, DAN KERAS APABILA TERDEDAH KEPADA UDARA 


CANDU (OPIUM)

2.MORFIN
MELEGAKAN SAKIT YANG SEDERHANA DAN SEBAGAI UBAT BATUK  
SEJENIS ALKALOID YANG DIPEROLEH SETELAH DIPROSES DARIPADA CANDU MENTAH
DALAM PASARAN GELAP, IA DIKENALI SEBAGAI MORFIN MENTAH , MORFIN BES , MORFIN SULFAT , MORFIN HIDROKLORIK .

(i) morfin mentah 
~ berbentuk blok/serbuk
~ bertanda "999"
~mengandungi 70%-90% morfin
~juga dipanggil heroin no.1

(ii) bes morfin
~seperti serbuk kopi halus
~60%-70% MORFIN

(ii) pil pil morfin
~mengandungi morfin sulfat dan morfin hidroklorik
~pil kecil berwarna putih dan coklat

Image result for image for dadah morfin

(3) HEROIN
DADAH JALANAN YANG PALING KERAP DISALAH GUNA OLEH PENAGIH DADAH DI MALAYSIA. HEROIN DALAM BENTUK TULEN IALAH SERBUK PUTIH PAHIT YANG MERUPAKAN PRODUK YANG TERHASIL DARIPADA PEMPROSESAN MORFIN . 
IANYA MEMPUNYAI KEKUATAN BYANG BERKALI-KALI GANDA LEBIH KUAT DRPD MORFIN

Image result for image for dadah HEROIN
HEROIN

(4)KODEIN

BAHAN ALKALOID YANG WUJUD SECARA SEMULAJADI DI DALAM CANDU .
WALAU BAGAIMANAPUN , KEBANYAKAN KODEIN ADALAH YANG DIHASILKAN DARIPADA  MORFIN . DALAM PERUBATAN PULA , KODEIN DIGUNAKAN UNTUK 




Image result for image for dadah KODEIN
(5)OPIAT SINTETIK 
MELIPUTI BAHAN SPERTI 'METHADONE' 'METHIDINE' , 'DIPIPANONE' , 
BAHAN BAHAN INI MEMPUNYAISIFAT YANG SERUPA DENGAN OPIAT DAN DIGUNAKAN DALAM PERUBATAN UNTUK MELEGAKAN KESAKITAN . KINI ,  'METHADONE'  DIGUNAKAN DALAM PENAGIHAN DI NEGARA KITA,MALAYSIA .

PENGENALAN TENTANG DADAH

PENGENALAN  DADAH

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna