PENGENALAN
Rawatan dan pemulihan penagih dadah adalah merupakan aktiviti utama syarikat. Ini seiring dengan saranan kerajaan agar lebih banyak usaha dijalankan oleh pihak swasta bagi membantu memulihkan masalah penagihan najis dadah ini. Kadar kejayaan kami juga cukup tinggi iaitu lebih dari 80% pelatih kami dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa walaupun diberi rawatan yang cukup singkat.
Hari ini pelbagai ubat-ubatan telah ditemui untuk menghilangan rasa gian atau ketagihan terhadap dadah. Malah ada pihak yang mencanangkan bahawa mereka boleh memulihkan penagih dalam masa 24 jam. Masalah penagih sebenarnya lebih daripada sekadar gian. Ramai yang tidak lagi gian tetapi tetap menagih semula. Mereka sebenarnya memerlukan rawatan yang merangkumi aspek mental, ruhani dan jasmani. Disinilah kepakaran kami sangat-sangat diperlukan. Malah hasil yang telah kami perolehi juga amat menakjubkan dan boleh dibanggakan.
KONSEP PEMULIHAN
Di MAP Training kami memulihkan penagih dadah menggunakan pendekatan yang menggabungkan perubatan tradisional, perawatan Islam dan psikologi moden. Kalau diperhatikan setiap penagih dadah menghadapi tiga masalah utama iaitu
- Sakit jasmani seperti gian, urat saraf yang rosak, perjalanan darah yang tidak lancar.
- Sakit ruhani kurangnya kesedaran agama atau iman. Malah tidak mustahil ramai diantara penagih yang telah bertahun-tahun tidak solat dan berpuasa.
- Masalah minda atau ingatan terhadap dadah yang sukar dikikis.
Ketiga-tiga aspek ini perlu dirawat sekiranya penagih mahu benar-benar dipulihkan. Kegagalan memulihkan salah satu dari aspek inilah penyebab utama kenapa begitu ramai penagih yang menagih semula walau pun bertahun-tahun duduk di pusat rawatan lain. Malah kajian di pusat serenti sendiri membuktikan lebih daripada 70% penagih yang keluar dari serenti kembali menagih semula.
Rawatan Jasmani :
Untuk menghilangkan rasa gian dan ketagihan pelatih akan diberi minum campuran herba tradisional yang dirumus khas untuk membuang keracunan dadah. Pelatih seterusnya dimandikan dan diberikan urutan badan. Urutan badan perlu untuk membetulkan semula urat saraf, melancarkan perjalanan darah, membuang angin-angin dalam badan dan menguatkan kembali otot-otot badan.
Setiap pelatih akan diberikan urutan badan
bagi membetulkan kembali urat saraf,
melancarkan perjalanan darah dan
pernafasan mereka.
Rawatan Rohani :
Pelatih perlu diajar kembali tentang hakikat hidup sebagai seorang Islam dan tujuan dijadikan khalifah di bumi Allah ini. Pelatih terlebih dahulu perlu disyahadahkan kembali sebab sepanjang tempoh penagihan entah berapa puluh kali syadatain mereka batal, sama ada secara sedar atau tidak. Disamping itu pelatih juga diberikan zikir-zikir khusus untuk menguatkan hati dan mentauhidkan Allah s.w.t dengan sungguh-sungguh.
Rawatan Minda :
Salah satu perkara yang paling sukar dirawat ialah perasaan rindu dan ingatan yang begitu mencengkam terhadap dadah. Tetapi Alhamdulillah dengan pendekatan PELAZIMAN MINDA kami mampu untuk membaikpulih ingatan penagih agar sebarang ingatan tidak lagi menjadi penyebab untuk mereka kembali menagih. Kaedah ini telah terbukti berkesan dan ratusan penagih telah berjaya dipulihkan.
No comments:
Post a Comment