Monday 17 August 2015

KESAN DAN AKIBAT PENGAMBILAN



Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
  •  akibat keatas penagih
  •  akibat keatas keluarga penagi
  •  akibat keatas masyarakat dan
  •  akibat keatas negara

AKIBAT KEATAS PENAGIH

Akibat keatas penagih ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul dengan kumpulan penagih-penagih dadah dan penjenayah .Dia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus , lemah ,malas dan kelihatan khayal, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.




AKIBAT KEATAS KELUARGA PENAGIH

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dalam kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.Oleh itu,maruah keluarga akan tercemar dan mengakibatkan sesebuah keluarga dipandang hina oleh masyarakat sekeliling.





AKIBAT KEATAS MASYARAKAT

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan pengambilan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dalam pengambilan dadah.Perkara seperti ini boleh mengakibatkan perpecahan kaum dan masalah perkauman.


AKIBAT KEATAS NEGARA

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos dan bebanan yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
  • Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
  • Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
  • Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
  • Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa . 

























No comments:

Post a Comment